Tuesday, October 8, 2013

Antara Bundle Dan Baru

Pakaian Bundle...mesti ada sesetengah pihak mengatakan ianya tidak patut dibeli kerana ianya sudah dipakai dan dianggap sebagai second hand yang sudah buruk. Malah ada juga yang "GELI" untuk menyarung pakaian Bundle. Namun apapun tanggapan orang, Pakaian bundle tetap ada peminatnya yang tersendiri dan mempunyai nilai yang tinggi bagi yang mengetahuinya.

 Contoh T-Shirt Yang digilai oleh peminat
Terdapat pelbagai jenis pakaian bundle, dari berjenama dan tidak berjenama. Namun yang menjadi kegilaan peminat bundle adalah menjurus kepada Baju dan seluar yang dianggap Vintage. Pakaian vintage ini mempunyai nilai yang tinggi di kalangan peminat bundle. Kebiasaannya  harga baju atau seluar yang dianggap vintage dalam linkungan RM30 malah ada mencecah ratusan ringgit bergantung kepada kualiti baju dan juga jenamanya. Kenapa baju dan seluar vintage dianggap istimewa????kerana pakaian seperti ini sukar didapati dan hanya sedikit sahaja keluarannya. Oleh sebab itu tidak mustahil lah peminat-peminat bundle sanggup menjelajah kedai-kedai bundle untuk mencari pakaian-pakaian vintage ini.

ANTARA CONTOH-CONTOH BAJU-BAJU VINTAGE:
vintage1vintage2