Sunday, October 6, 2013

Apa itu VINTAGE????

Mesti korang semua tertanya-tanya apa itu "VINTAGE". Sebab sekarang sudah menjadi trend anak-anak muda bersembang tentang barangan Vintage. Ditambah pula kalau bersembang dengan kaki-kaki bundle, memang hebat la penerangan mereka tentang barangan vintage. Pelbagai koleksi baju-baju t-shirt, kemeja dan seluar yang menjadi koleksi mereka yang kaki bundle ini. Jadi mesti ada yang tertanya-tanya, vintage...vintage...APA VINTAGE NI????Jadi aku pun search la dalam internet apa itu vintage, walaupun penglibatan aku dalam bidang pem"bundle"an ini sudah lama iaitu sejak di bangku sekolah, namun aku hanya mencari pakaian yang ada jenama sahaja seperti sport brand. Jadi Pakaian-pakaian vintage ini sejak kebelakangan ini sahaja baru aku giat mencari. Cari punya cari, dapat la maklumat serba sedikit tentang vintage ini. Apa yang aku dapat ialah, korang boleh baca di bawah:
  • Semestinya barang-barang terpakai/baru yg dikeluarkan lebih dr 15thn yg lepas.
  • Akan menjadi vintage setelah dikeluarkan selepas 15thn (automatically).
  • Terdiri daripada baju band , filem , kartun , sport brand , vintage printed shirt , western shirt, jacket dan segala macam yg dikategorikan sebagai baju.
  • Tetapi rata2 manusia di pelosok dunia mencari baju band dan sport brand utk dijadikan koleksi.

  • Baju band t-shirt menjadi kegilaan disebabkan "music is a must to everybody".Tak kisah dimanapun kita dilahirkan,pastinya dari kecil kita akan mendengar lagu.nasyid,rock,metal dan sebagainya.
  • Antara lainnya baju2 yg dikeluarkan pada zaman dahulu pada harga yg tinggi ataupun baju yang dikeluarkan secara limited.
  • Baju-baju yang dipakai oleh selebriti,tokoh2 juga menjadi rebutan dan hangat dipasaran.
  • Bagi kategori sport brand pula baju2 seperti nike air jordan shoe hanging,nike ballwing,levis olympic,adidas trefoil dan sebagainya.

Jadi secara rumusan boleh aku simpulkan bahawasanya Pakaian VINTAGE ini adalah barangan yang lama dan sukar diperolehi (bahasa kaki bundle barang "RARE"). Kebiasaanya baju-baju vintage ini mempunyai kain campuran dan yang famous (yang senang dijumpai) ialah kain 50/50 (50% cotton, 50% polyester). Namun ada juga yang 3 layer tetapi yang jenis tersangat sukar untuk diperolehi.

1377995_701877579842338_1149039682_nvintage 4