Mesti
korang semua tertanya-tanya apa itu "VINTAGE". Sebab sekarang sudah
menjadi trend anak-anak muda bersembang tentang barangan Vintage.
Ditambah pula kalau bersembang dengan kaki-kaki bundle, memang hebat la
penerangan mereka tentang barangan vintage. Pelbagai koleksi baju-baju
t-shirt, kemeja dan seluar yang menjadi koleksi mereka yang kaki bundle
ini. Jadi mesti ada yang tertanya-tanya, vintage...vintage...APA VINTAGE
NI????Jadi aku pun search la dalam internet apa itu vintage, walaupun
penglibatan aku dalam bidang pem"bundle"an ini sudah lama iaitu sejak di
bangku sekolah, namun aku hanya mencari pakaian yang ada jenama sahaja
seperti sport brand. Jadi Pakaian-pakaian vintage ini sejak kebelakangan
ini sahaja baru aku giat mencari. Cari punya cari, dapat la maklumat
serba sedikit tentang vintage ini. Apa yang aku dapat ialah, korang
boleh baca di bawah:
- Semestinya barang-barang terpakai/baru yg dikeluarkan lebih dr 15thn yg lepas.
- Akan menjadi vintage setelah dikeluarkan selepas 15thn (automatically).
- Terdiri daripada baju band , filem , kartun , sport brand , vintage printed shirt , western shirt, jacket dan segala macam yg dikategorikan sebagai baju.
- Tetapi rata2 manusia di pelosok dunia mencari baju band dan sport brand utk dijadikan koleksi.
- Baju band t-shirt menjadi kegilaan disebabkan "music is a must to everybody".Tak kisah dimanapun kita dilahirkan,pastinya dari kecil kita akan mendengar lagu.nasyid,rock,metal dan sebagainya.
- Antara lainnya baju2 yg dikeluarkan pada zaman dahulu pada harga yg tinggi ataupun baju yang dikeluarkan secara limited.
- Baju-baju yang dipakai oleh selebriti,tokoh2 juga menjadi rebutan dan hangat dipasaran.
- Bagi kategori sport brand pula baju2 seperti nike air jordan shoe hanging,nike ballwing,levis olympic,adidas trefoil dan sebagainya.
Jadi
secara rumusan boleh aku simpulkan bahawasanya Pakaian VINTAGE ini
adalah barangan yang lama dan sukar diperolehi (bahasa kaki bundle
barang "RARE"). Kebiasaanya baju-baju vintage ini mempunyai kain
campuran dan yang famous (yang senang dijumpai) ialah kain 50/50 (50%
cotton, 50% polyester). Namun ada juga yang 3 layer tetapi yang jenis
tersangat sukar untuk diperolehi.